Powered By Blogger

Thursday 25 October 2018

LATO LATO RESORT, SEMPORNA





Hi korang,

I nak share my recent trip at Sabah, which is Semporna and I think that was really my "sempurna" trip ever.  Semporna ni dah masuk wishlist aku dari tahun 2012 lagi kot, sebab pernah pegi Tawau masa tu for community service, and our family angkat dkt sana dah banyak kali tanya bila nak dtg lagi,sebab diorang nak sponsor utk ke Semporna, tp at that time, student lagi, duit pun tak banyak nak pergi, so semua tu tinggal kenangan je lah. Thank you Bapak and his family for the offer, hope everyone still sihat walafiaat semuanya (dah lama lost contact).


So, back to Semporna. Aku beli tiket tu masa bulan 5 , aku pergi bulan 9. (4 bulan jugak lah tunggu). Kebetulan masa tu ad promo, so memang sesuai lah. Nak pergi Semporna ni, kena amik flight ke Tawau. And flight ke Tawau ni selalunya mahal compare to KK. So masa tu aku dapat flight return dalam RM300/person. (kurang lebih sikit).Aku plan g sana 4 hari 3 malam, and 4 orang yg pergi sana. So detail tu mcm dkt bawah ni.

                                              


Masa beli tiket ni, tak pikir pun lagi kos dekat sana, xtaw pun apa yang menarik dekat sana, yang aku taw aku nakg sana sebab  cantik je dan aku nak pulau. Lepas raya tu kot baru start google google semua pasal dkt sana. And masa google tu, aku tertarik gila dengan satu tempat ni, which is LATO LATO RESORT.

 Then, aku try tanya pakej2 dari agent (dgn agent mahal lah), then aku terjumpa website dia (http://www.latolatoresort.com/) and ada jugak no untuk aku wassap, so aku ws je lah sebab mcm lagi senang (directly boleh tanya).

Harga dia? Kalau dekat website, dia memang dah tulis price smua tu, tapi sbb aku nak amik pakej snorkeling g semua tmpt smua tu so aku nak deal dgn org lah lagi senang, dkt website mcm leceh sikit. So ni harga dekat sana, which is RM150 per person per night. (include breakfast, lunch, dinner and hi tea jugak).







Harga aku dapat untuk 4d3n is RM750 per person. Aku rasa mcm dah murah dah sebab semua dah all in, kau just pergi je bawak diri.  RM750 ni include:

- Airport transfer (Tawau-Semporna-Tawau)
-Penginapan for 4d3n
-Breakfast, lunch, dinner, hi tea
-Snorkeling equipment
-Activities.


Dalam bulan 8 tu baru aku bayar booking RM100 per person, balance semua bayar dkt sana. So lets start the journey:
(nanti rajin aku sambung tulis. Hhahahha)


DAY 1:

Since flight kitorang 6.15 am, so kitorang semua pergi airport dalam kol 3 pagi. Flight ke sana amik masa 3 jam. Memang tido lah sepanjang perjalanan tu sebab mengantuk gilaa dah bangun awl pagi pergi airport.

Sampai Airport Tawau tu, van dah memang tunggu dah, turun je flight tu memang diorang kol terus. Bagus, efficient. Hahhaha. So perjalanan dari Airport Tawau ke Semporna ni dalam sejam jugak lah, Jauh jugak tu. Dalam van tu, ada dalam 12 orang kot, semua ni memang menginap Lato Lato Resort. Then sampai dkt Jetty Semporna tu dalam kol 12 lebih. Dari jetty nak ke Lato-Lato ni dalam 20 30 minit kot.
All I can say sepanjang naik bot nak ke Lato Lato ni, Subhanallah cantik teramat, laut hijau biru tu, dah boleh rasa dah ketenangan tu datang. Hahahhaaha

Sampai Lato Lato dalam pukul 1 kot, sampai tu kitorang terus bayar balance pakej tu which is RM2600 (berdebar aku bawak duit banyak banyak ni, takut kena rompak).

Lato Lato ni resort dekat tengah-tengah laut taw. Kiri kanan atas bawah semua air lah (Tak, tipu, atas langit lah). Memang terletak sebijik je resort tu dkt tgh2 laut tu. Lato lato ni dekat dgn Pulau Bum-Bum, 10 15 minit kot by boat. kalau berenang tak taw lah berapa lama.

Okay then lepas bayar semua tu, kitorang makan dulu sebab lapar ya amat. First day sampai dah makan ketam. hekhekk
So aktiviti harini kitorang just stay dekat resort je. Rehat kejap dekat bilik then dalam pukul 4 tu kitorang turun snorkeling dah. Bilik kitorang dapat ni memang cantik gila lah, view wowwwwwww. tapi semua bilik view confirm lawa.






 (Ni gambar dekat Jetty)










ni hi-tea kitorang. sedap gila okay donut ni.


Gigih ambik gambar tengah2 panas.



Ni snorkeling dkt depan resort tu.








(ni lunch kitorang)






Memandangkan sunset kat sini awal dalam pukul 6 kot, so petang tu kitorang pergi to other side untuk tengok sunset. Sumpah cantik cantik gilaaaa. Then, after that, dinner. Makanan sedap, so malam tu kitorang melepak2 je kat resort tu, berkawan dgn org2 yang stay dkt situ jugak sbb memang akan jumpa semua org masa makan tu, tempat makan tu pun kecik je, so boleh berkenalan lah. After that balik bilik, upload gambar, charge semua benda sebab pagi esok dh takde letrik (Letrik ada 6pm to 6am je kot).


DAY 2:
So, its the day. Hahahaha. Kitorang bangun awal gila sebab nk tgok sunrise, sumpah cantik. Boleh faham tak tgk sunset sunrise dgn background laut. Cantik cantik sangat. Then after that pergi breakfast, then balik bersiap2 for activities. So lets start:
Plan hari ni nak pergi Pulau Bohey Dulang, Pulau Tatangan,  dan Pulau Sibuan.


Kitorang start gerak dalam pukul 10 kot. So masa on the way nak pergi Bohey Dulang tu, hari mcm nak hujan tp tak hujan lagi, tp gelap. tapi risau jugak sebenarnya kalau hujan tengah2 laut ni. So bila sampai dekat Bohey Dulang tu dia kata tak boleh hiking sebab nak hujan, dia cakap petang ni maybe boleh, So yang bawak kitorang tu tukar plan pergi pulau lain dlu, Semua pulau cantik amat, aku rasa ni lah pulau paling cantik aku pernah pergi dari semua pulau yg aku pernah pergi. Lunch provided taw, sedapp. Dekat pulau2 tu semua boleh snorkeling taw.

So, first pulau kitorang pergi dulu is Pulau Sibuan. Cantik taw kat sini, cantik gila,
















Then kitorang lunch dekat sini, lepas tu gerak gi pulau lain, which is Pulau Tatangan yang mana kat situ ialah kampung dorang, budak2 ni comel nak mamposs, hahah walaupun scary sbb smua dtg dkt bot mintak barang, so kat sini konsep dia kalau kau nak bagi kau make sure kau ada barang yang ckup utk diberi, kalau tak baik takyah bagi langsung. Lagi kau bagi, lagi ramai dtg dkt kau, so aku play safe, tak bagi apa2, tengok je..Tapi sampai sekarang aku fikir bedak apa lah yang dorang pakai dekat muka tu.

















Then lepas tu baru lah bergerak pergi Bohey Dulang balik untuk hiking, hiking kejap je tapi penat lah jugak, so pakai lah kasut, setengah jam jugak kot naik sana, tp worth it!!!!!!

























Cantikkk kannn? hahaha, so lepas hiking smua, dalam kol 2 3 kot balik resort, jauh weh nak balik tu, aku rasa dalam sejam dok atas bot. sampai sempat tertido, hahaha, so balik tu rehat2 jap lepastu petang smbung snorkeling balik dkt Lato-Lato tu.










Dan after that, tengok sunset balik, cantik weh cantik, then lepas tu dinner. makanan semua sedap, jangan risau. malam tu kitorang lepak2, tengok orang mengail, dk berbual, oh malam ni kitorang jumpa ramai kawan baru, sempat lah jugak melepak sampai 1 pagi dgn dorang, kan aku dah cakap best kat sini, boleh kenal dgn semua org.









 DAY 3:


So harini pun macam semalam, bangun pagi2 buta semata2 mengerjar sunrise, rugi lah weh tido kat sni, Then breakfast then dlm kol 10 start aktiviti balik, so harini kitorang pergi Pulau Mantabuan, Pulau Mataking dan Pulau Timba Timba. Pulau2 ni mcm lagi jauh dri yg kitorang pergi semalam, sempat tido jugak, hahaha. Tapi kat sini lagi cantik dari semalam, snorkeling tu byk kali jugak jumpa penyu, Tapi yang paling cantik hari ni pulau mataking, cantik ala2 maldives dah kat sini.






Bangun dengan view macam niiii,








Ni lepas2 breakfast, lepak2 kejap.









Ni dekat first pulau yang kitorang pergi harini which is Mantabuan, dekat sini lah dk snorekling kejar penyu.











Dan ni dekat pulau timba-timba,pun cantikkk, tengok air cantik jernih nakharom, Hahhaha.










Dan dekat Pulau Mataking ni lah yg dorang ckp macam Maldives, Ada dua taw, Mataking Besar dengan Mataking kecil, aku tak igt ni Mataking apa, tapi dekat sini tak boleh pergi darat, sebab pasir tu private island kot, so boleh melompat dari boat je, betul2 dkt tgh laut, aku buat keje bodoh kat sini, melompat pakai life jacket tapi lupa nak pakai betul2, nasib baik tak lemas masa tu, hahaha








Then balik to resort semula, petang pun mcm biasa sambung snorekling dpn resort lagi, then tgk sunset n dinner, Malam pun dk melepak ag. Malam ni kitorang teman ada abg tu mengail, mcm2 peseng ikan jumpa malam2 ni.



DAY 4:


Dan harini hari paling sedih sebab nak balik dahhh, hikhokhikk. Tapi pagi mcm biasa bgn tgk sunrise dulu.





















So, dalam jam 9 10 kitorang dah check out dan bergerak ke daratan, harini kitorang punya aktiviti nak jalan2 dkt darat. Yang ni kitorang ejas dgn org resort soh tlg bwk kitorang jalan, dia ckp xkisah byr berapa tp bagi lah lepas duit minyak, kitorang bagi  100 ke 200 kot.

Dia bawak kitorang pergi Bukit Tengkorak, hmm hiking lagi, tapi cantik gak kat sini, hiking then nmpak view hijau dan laut2.








Then lepas tu dia bawak kitorang pergi dkt satu tmpt ni,aku xigt nama dia apa,














Then lepastu pergi makan dkt bandar, then jalan2 dkt pasar diorang cari ole-ole, dan around 4 ke 5 ada van dh dtg amik utk ke airpot. flight kitorang mlm arni.





So, the end, All I can say semporna is tooooooo sempurna. InsyaAllah nak pergi lagi.




Bye semporna.

x
x