Powered By Blogger

Friday 25 October 2019

Kappunkap Krabi



Hellooooooooooooooooo!!!   

KRABI?? Dah jadi wishlist dari zaman study dulu lagii sebab pulau dia yang cantik. And finally manage to be there this year!!!

So, for this trip aku pergi 3 orang , untuk 4 hari 3 malam.(17 Jan-20 Jan 2019) Beli tiket yang ni tak silap masa AirAsia promo Sept 2018. Harga tak ingat berapa tapi dalam 200++ for return. Excited nak pergi sebab mengidam tomyam thailand. Hahahha.

Kitorang punya flight ni pukul 7.15 am, so by hook or by crook, kitorang kena pegi airport malam tu lagi, sebab ni hari kerja , takde sape yang baik hati nak hantar. So, dalam kol 12 malam kitorang naik bas dari KL Sentral ke KLIA. Melengguk jugak lah dekat airport tu nak sampai ke pagi tu.  Dan kitorang sampai sana dalam pukul 7.45 am kot (sana lewat sejam dari Malaysia).





 So settle2 semua tu, kitorang cari simcard dkt airport tu then cari van terus utk ke Aonang. Van tu dapat lagi murah kalau beli return. Aku beli yang return ni, tapi aku tak naik pun masa return tu, hahahah ni namanya bodoh. By the way, ni trip main redah je, Aku just book hotel je, Yang lain semua cari dekat sana.Hotel pun bayar dekat sana je, tapi aku lupa berapa, book dkt Booking.com.




Kitorang tukar RM600 je sorang, dan semua duit tu aku pegang, masa ni rate mahal 13 lebih2, tp sekarang lagi mahal kot, dah smpai 14.

Dalam pukul 11 kitorang sampai hotel, bukan hotel pun, guest house je, yang ni jauh dari pantai sebenarnya, tapi takpelah sebab dah book. Bilik pun okay je, okay lah cuma ada nyamuk jugak kadang2. penat ah gaduh dengan nyamuk.

Dah sampai hotel nak buat apa? Kan dah cakap, trip ni maen redah je takde itinerary. So, kitorang berbual2 dgn owner guest house kitorang tanya dia nak buat apa harini, sebab dah tghari kan, so dia suggest untuk pergi sunset island tour, sebab aktiviti lain semua pagi, yang ni je sempat lagi nak pergi sebab aktiviti dia start kol 1 petang.

So kitorang pun deal lah utk pergi yang ni. Harga dia aku dah lupa tapi dah murah dah, ni owner guest house kitorang yg tolong carikan, sebenarnya kitorang malas nk g survey, so amik je lah dgn dia. Then berehat and siap2 kejap lepastu kitorang kuar pergi makan dulu kejap dkt dpn hotel, makan tomyam of course. hehehe sedap, then lepastu tnggu van datang amik dkt hotel.

Dan diorang hantar kitorang dkt satu tempat ni, jeti lah untuk naik bot. memang ramai org dkt sini, aku lupa nama tempat ni, sowryyy. ada yang pergi dengan speed boat, yang boat besar2 tu, tp kitorang naik long tail boat, yang klasik2 sikit tu, hehehehe

Lama sebenarnya tunggu ni, sampai dah fedup nak marah orang dh sebab dahla panas, datang pulak lambat, stress kitaaa. So yang dalam trip ni ada kitorang bertiga, mat salleh n minah salleh dalam 5 orang lepastu ada orang japan sorang. Menarik sebenarnya naik bot kecik ni sebab tak ramai org, yang naik bot besar2 tu ramai sgt, dalam 30 orang, tak sempat nk berkenalan nanty, hahahha




Okay dah naik bot ni satu masalah pulak, dia takde life jacket, wehhh tak tau ke aku takut lemas, 2 3 kali aku mintak life jacket, tp yang bawak bot tu gelakkan je aku, dia cakap kalau lemas nanty dia pergi lah selamatkan, hareyyy lemas betul mampos akuu.

So, first pulau diorang bawak Tup Island. Oh by the way, kitorang pergi yg 7 island. Dekat sini cantik, ramai manusia tengah berbikini, ada snorkeling smua. tapi kitorang just tangkap gambar je lah. dia tak bagi life jacket mcm mana aku nak snorkeling, hahhaha. tapi gambar kat sini cantik gila, laut tu fuhhhh syurga dunia namanya.









Then lepas tu gerak ke chicken island, dkt sini dia lalu je, amik gambar dari dalam bot, nak turun snorkeling pun boleh, tpi kitorang amik gmbar je lah, hahahah







Lepastu gerak pergi Poda Island. Poda Island ni cantikk, mcm dkt semporna, lama jugak dekat sini, air jernih cantik, sempurna, dekat sini aku mandi jugak ke walaupun tak snorkeling. 








Lepastu kitorang gerak pergi Phra Nang Beach, dekat sini kitorang akan dinner. ni include dlm pakej taw, nak sampai dkt Beach ni cantik gila sebab kena lalu gua2. Sunset dkt sini pun cantik gila, ramai orang dkt sini menikmati sunset sambil makan. Dekat sini sempat lah berbual2 dgn smua orang, sempat tukar ig lagi tak tahannya dgn semua org, hahahaha.











Dan dah siap semua, dah malam, kitorang gerak lah ke darat. Masa dalam perjalanan ni dorang lalu dkt satu tmpt yg ikan2 bercahaya tu, tak ingat nama apa, tp cantik gila, sebab gelap, ikan tu nampak ada cahaya dalam air, paham tak? hahaha. Dan bila sampai je darat, ada fire show special utk kitorang smua, after fire show tu semua boleh balik.

So harini nak bagitaw, seharian aku atas bot harini aku tak pakai life jacket, hahahah cuak nak mampos, kalau boat karam tgh laut cmne, tp nasib baik selamat lagi, ahhahaha

Bila sampai bilik, kitorang rehat jap then keluar pergi Aonang Beach, Yang ni kitorang suruh owner guesthouse tu jugak hantar, bayar lah dekat dia, mana ada benda free. Kitorang pergi dekat street2 tu. saje g tgk harga nk compare utk aktiviti.then makan pancake, sedap gilaa pancake dia, nak lagiiiii. lepastu massage, hehehe malam ni buat Thai Massage, sedap bhai, nikmat nak mampos. Hahahhaha












Day 2

Harini pun kitorang deal dgn owner guest house jugak nak pergi Emerald Pool dgn Hot Stream, tempat ni jauh sebenarnya, aku ingatkan dekat, hahahah naik van aku boleh nyenyak dulu tidur. Sampai dekat Hot Stream tu kena jalan sikit nak masuk dalam, dan perghhh bila sampai situuuu ramai nak mampos manusiaaa sampai aku tak tahu nak duduk celah mana, boleh mandi kat sini tp xmandi pun kitorang, rendam2 kaki je, amik feel hot water.. Cantik tp ramai sangat orang. By the way, dekat sini aku kena kejar dgn anjing, aku lupa ada anjing dok tgk aku, tapi aku bukak makanan dpn dia, dia follow aku sampai ke dalam, member2 aku pun dah lari ntah ke mana, hahahah aku menyelit celah2 mat salleh je, hahahahah bodooo lah anjing tuuu.









Then lepastu gerak pergi Emerald Pool, okay dekat sini ada Emerald Pool and Blue Pool taw, yang bleh mandi dekat Emerald Pool ni, yang selalu orang post gambar tu dekat Blue Pool, takleh mandi pun dkt sini sebab bahaya, tapi air memang jernih, tempat dia kecik je yang ni, dari Emerald Pool tu kena jalan atas lagi nak sampai ke Blue Pool ni. 

Dia cmni dari tempat masuk tu kena jalan dlu, jauh gak jalan ni, lepas tu akan jumpa Emerald Pool, tempat orang mandi2 , then kalau nak tengok Blue Pool tu, kena jalan lagi ke atas baru jumpa Blue Pool tu, haa gitew..















Kitorang pergi Blue Pool dlu sebab nk tengok dulu, heheh tp memang akan lalu je pun Emerald Pool tu, Tangkap2 gambar then pergi Emerald Pool balik, dekat sini pun rendam2 kaki je, tak mandi punn, tapi air dia betul2 biru lahh, cantik sangatttttt. Dan berbaloi lah jalan tu, hehehhe






Dan lepastu kitorang lapar, kitorang beli makanan dkt kedai2 yg jual dkt situ je, Then bertolak balik, Balik tu rehat2 jap then plan kitorang malam ni nak pergi Krabi Town, nak pergi pasar malam dia, hehehehe. kitorang pergi ni dgn van yg kitorang sekat2 je tepi jalan, mcm tuktuk tuu, ni pun owner guesthouse kitorang yg tolong, hahahha. 

Sampai sana apalagi makan lah, makan tomyam jugak, hahhaha then pancake, aku takleh move on lah dgn pancake dia, semua sedapp.













Then dalam pkul 10 11 camtu kitorang naik lagi van tu nak balik Aonang, jauh jugak taw, dalam sejam. so boleh tidur lagi, hehehhe





Day 3

Harini sebenarnya nkg Phi Phi Island, tapi bajet tak cukup sangat sebab dah banyak membazir membeli entah apa2. hahhaa so kitorang decide pergi berkayak je harini, Berkayak murah sikit, hehehehe, so van datang amik kitorang dan kitorang gerak pergi tmpt berkayak tu,Kayak Point Ao Thalent. Sebenarnya aku ingat kayak bodo2 je tp sekali dekat laut, hahahaha penat nak mamposs,




Mula2 tu riak nak naik sorang kayak, tapi abang tu cakap awak larat ke, ahahhaha so dia suruh naik bertiga je, mula2 tu bersemangat gila, tapi lama2 dh tak larat langsung dah sampai nak angkat tangan pun tak larat. Tempat kayak ni cantik, ramai orang dkt sini, ada kena masuk gua2 jugak,

Ada satu part tu air dekat situ kitorang kena lawan arus, Ya tuhan masa nie memang tak larat gila dah, tolak2 tak gerak jugak smpai lah kena tinggal dgn group kitorang, hahahha.

Masa gerak nak balik tu, abang tu dah bagitaw air maybe dah surut, so kena balik cpt, kalau tak , tak boleh nak kayak dah, dann memangg ada dkt part tgh2 laut tu, air cetek gilaaa, takleh gerak langsung kayak tu, last2  member sorang turun tolak slow2, aku takut nk turun sebab tgh2 laut ni, haahhaa.

Tapi alhamdulilah sampai jugak akhirnya setelah perit getir ku lalui.













Balik tu memang tidur lah jawabnya. hahahha tapi tido kejap je, petang ni kitorang nak pergi 7 Heaven nak tengok sunset kat sana. Tempat ni dkt je dkt guesthouse kitorang so akak tu sendiri yg anta kitorang naik moto tuk tuk dia. 

Okay lah, cantik lah dkt sini, tapi tak datang pun takpe, hahaha takde apa sangat pun.










Then nak balik tu, kitorang call akak tu dtg amik then hantar kitorang pegi Aonang Street. Malam ni nak massage lagi, hehehehe kan dah penat harini.

Tapi sebelum tu kitorang  makan dulu dekat kedai yg famous gak kat sini, Bangboo Seafood Halal. Makan memang utk habiskan duit lah malam ni sebab esk dah nak balik, hehehe oh by the way, kitorang tukar lagi duit RM100 sorang dekat sini sebab tak cukup nak shopping, hahahha




Then lepas makan, kitorang jalan2 dkt Ao Nang Muslim street, dkt dpn masjid tu, nk shopping lagi, hehehe then lepas shopping baru pergi massage. Malam ni try aromatic massage pulak, tapi aku rasa thai massage lagi sedap.





Day 4.

So harini flight pagi, dalam kol 6 van datang amik utk ke Airport,Van ni kitorang soh akak guesthouse tu jugak yg booking, sebab dia cakap yg tiket return yg kitorang dah beli tu takut lambat sampai airport. 

Dan dalam kol 10 kot dah sampai Malaysiaa.
Welcome home baby!!!





Ok goodbye Krabi, Thanks for being nice to me.










x