Powered By Blogger

Tuesday 24 September 2019

Hatyai Trip


Hi korang,

Today nak tulis pasal pergi hatyai dulu. Dah lama sebenarnya, tapi macam tengah bosan, so nak tulis jugak. Dah ramai orang share pasal Hatyai, tapi sibuk nak share jugak. Hahaha. So, lets start the journey.

Okay, kitorang pegi ni 4 orang, which is aku, adik aku, member aku and adik member aku. Hmm trip kakak dan adik namanya. Hekhekk, Kitorang pegi 17-19 Nov 2018. Kitorang tukar duit RM300 je sorang.
Kenapa pergi hatyai?? Sebab semua orang pergi hatyai dan cakap makan dekat sana best, so sibuk lah menggedik nak pergi. hahaha. Kitorang gerak dari KL dalam kol 11 ke 12 tgh malam dari KL tu, sebab nak kejar train klasik ke hatyai pagi tu. 

Kitorang drive je dari KL sampailah ke KTM Padang Besar, boleh tahan mengantuk jugak la nak drive, dahla jalan bosan je nk sampai Perlis tu, tp sebab bergilir 2 orang so sampai lah jugak, kalau sorang memang dah tidur tepi jalan gamaknya. Minyak abis lah jugak full tank, then kena lalu 3 tol (Total tol dalam RM60+- kot) So , kitorang sampai KTM Padang Besar tu dalam pukul 5 6 pagi, park je kereta kat sini, selamat je, tak bayar pun, kitorang subuh kat sini je, sebab train tu kol 9.30am. (Tak silap aku ada 2 je train pergi hatyai dari Padang Besar ni, satu pagi, satu petang)

Nak beli ticket ni sebenarnya azab jugak lah, sebab kena que panjang, kena turun bawah and beratur, tak ingat pukul berapa kaunter bukak, tp beratur je bila nampak orang dah beratur sebab memang akan panjang nak mampos que, harga tiket RM7.50 sehala tak silap (byr duit RM). tulis je 9.30 am gerak, tapi dkt kol 11 baru gerak, sebab memang lambat sangat kat sini, lepas beli ticket tu kena lalu imigresen cop passport apa semua lagi. 


Train tu menarik sebab dia open, jendela boleh bukak. Aku memang g hatyai sebab nk naik train ni je. Kalau tak, memang nak masuk dgn kereta lagi senang nak jalan. tapi nak amik pengalaman je naik train ni. Menarikk tp panas sebab takde aircond, fresh air dari lua je. Dalam sejam je dari Padang besar ke hatyai tu, boleh lah tengok pemandangan di luar jendela tu. So sampai Hatyai dalam kol 12.30 ke 1 macamtuu. Ohh atas train tu kitorang terus beli simkad, ada orang jual, harga dia RM30 , unlimited internet kot utk 7 days. 


  


 





So sampai tu, kitorang terus book Grab, sebab tu beli terus simkad atas train td, senang nak gerak. Harga grab pun affordable la. Aku nak gitaw yg aku mcm impress gila dengan Grab kat sini, sebab smua Grab yang kitorang naik semua kereta mewah besar2, bukan macam tempat kita lah, kete cikai2 je.(sorry terkutuk tempat sendiri)


 So dari stesen keretapi Hatyai tu kitorang gerak pegi makan dulu which is dekat Salma Restaurant. (paling famous lah ni), Dan memang sedap pun, tomyam dia padu padu. Makan dekat sini abis dalam 600-700 baht.




So dari Salma tu, kitorang gerak ke hotel kitorang,sampai dalam kol 3 camtu kat hotel yang ni aku dah book dekat Booking.com, which is Benjamart Residence, hotel ni macam murah gilaa, tapi dia bukan dkt betul2 town, jauh sikit tp still dkt town. Harga dia RM263 untuk 2 malam dan 2 bilik. murah kan? So sorang dalam RM70, tapi kitorang bayar ni dekat sana, guna duit Thai Baht. Hotel selesa dan sangat luas. Dan provide free breakfast, heheh ni paling penting.Aku sebilik dengan adik aku, dan member aku dengan adik dia. So sampai hotel tu tidur dulu sebab penat. Hahahha, sia2 bercuti pergi tidur, Tapi tido kejap je, kol 5 kitorang kua.



So, first destination of course lah famous floating market tu. Yang ni pergi dengan Grab je, harga tak ingat lah pulak berapa. kat sana Grab dengan Tuk-tuk macam nak sama harga je, tapi aku prefer grab lah sebab selesa ada aircond sikit. compare2 kan lah sebelum naik tu.Sampai floating market tu, yess sinilah tempat orang selalu pergi tu, tapi bagi aku biasa je, makanan banyak menarik tp tak menarik hatiku, hahaha, orang dok beli air dalam bamboo tu, lepas tu ada lah makanan2 lain. menarik tapi bagi aku biasa je, macam mahal jugak lah, tapi tak sedap sangat.









Then lepas floating market ni, kitorang naik Grab lagi untuk pergi Lee Garden Plaza, dekat sini macam pasar malam yang famous jugak, banyak makanan tu semua, yang udang-udang besar tu dekat sini lah, nampak sedap tapi tak beli pun. Hrga dia 300 baht satu pinggan (convert dalam RM40). Lama kitorang melepak dekat sini, dok pusing2 cari souvenir, dekat sini murah okay, so better beli terus dekat sini. Lee Garden ni havoc jumaat malam dengan sabtu malam je taw. Banyak makanan yang aku teliur dekat sini, tapi hati-hati jugaklah, sebab dia jual babi sebelah menyebelah je. Hahaha. Dalam kol 11, kitorang pun book lah Grab menuju ke Hotel, dah ngantuk teruk terus balik mandi solat tidoo. 





Esoknya dalam pukul 9 kitorang keluar,sempat breakfast dekat hotel dulu sementara tunggu Grab sampai. First destination harini mestilah Dim-sum Chabura, yang paling famous tu jugak. memang famous pun bila sampai tu, sampai takde tempat nak duduk, dimsum pun macam banyak dah nak habis. Tapi sedaplahh, banyak bekas jugaklah kitorang amik, lepastu order lagi makanan2 lain, dah pagi memang lapar namanya. Hahaha. Abis makan dekat sini around 600 700 baht.






Then lepastu , kitorang amik Tuk-Tuk pergi Chang Puak Elephant Complex, pergi tengok gajah je, nak naik tapi takut kena kecam (aku animal lover sebenarnya). Hahhah, so tak naik pun, amik-amik gambar je. masuk tu tak bayar pun, kecuali kalau nak naik apa2, nak tengok show ke, yang tu je kena bayar.






Okay dekat sini kitorang deal dgn pakcik yang bawak tuktuk tadi, kitorang nak g Songkhla, tapi masalahnya pakcik ni tak paham English, aduhh letih nak bercakap. ,macam bercakap itik dengan ayam, last2 dia panggil kawan dia tolong jadi translator. Hahaha. Kitorang kira mcm nak guna Tuk-tuk pakcik ni je gerak dari tempat gajah tu ke Songhkla ke semua tempat kitorang nak pergi sana dan patah balik hatyai balik, Deal deal boleh la murah, aku lupa berapa, tapi aku dah compare dengan harga grab. mcm better naik Tuktuk kot sebab dia tunggu kita, kalau naik grab jadi satu hal pulak kena book then book lagi. 

Nak pegi dari hatyai ke Songkhla tu dalam 40minit ke sejam camtu, boleh tahan cramp punggung aku dalam tuktuk tu. First destination pegi dekat Samila Beach yang ada air pancut dragon tu, huii panas bakhang tengahari pegi pantai. Amik gamba dekat sini then jalan2 kejap beli icecream. 




Perut dah lapar ni, hahaha, so pakcik ni bawak kitorang makan, fuhh makan macam menang besar dekat sini, dkt 900 1000 baht makan, ni include sekali dgn pakcik tuk tuk tu, kitorang belanja dia sekali. 




Then lepas tu kitorang pergi Ban Khao Rup Chang, dekat sini macam kuil kot. nak masuk tu kena bayar, lepas tu kena beratur untuk naik lift ke atas tu. Cantik jugak dekat sini sebab tinggi then nampak lah pemandangan seluruh Songkhla tu. 





Then lepastu gerak pegi Samila Beach yang tempat2 ada patung duyung tu, Ramai orang petang2 dekat sini, nak beli souvenir pun cun dekat sini. boleh naik2 kuda, lepak2 sampai bosan, Then lepastu kitorang pun ajak lah pakcik ni balik dalam kol 6 cenggitu.







 Kitorang suruh pakcik ni drop kitorang dekat Asean Night Market, which sambung shopping dan makan lagi dekat sini. Dekat sini kitorang tukar lagi RM50 sebab macam tak cukup, hahhaaha, ada je tempat tukar dekat situ, tapi mahal lah sikit rate, tapi okay lah, aku nak membeli lagi. Dekat bawah Asean Night market ni tempat shopping then dekat atas tu tempat makan. Banyak makanan menarik dekat sini, tapi aku haruslah dengan pulut ayam aku.

  Then jalan2 lah, harga souvenir dekat sini mcm lagi mahal dari Lee Garden taw, so better beli dkt Lee Garden lah. Then sebab rasa nak shopping lagi, kitorang naik tuktuk pergi Lee Garden balik sebab ingat nak sambung shopping, tapi malangnya bila sampai sana kedai yang banyak2 mcm semalam dah takde, rupanya jumaat malam dan sabtu malam je yang havoc. ahad malam senduuu. hahaha so after that, balik la hotel.






Last day, hukhukk sedihnyaa. So pagi dalam kol 10 camtu kitorang check out dari hotel dan book Grab pegi Kai Tod Decha, Hmm sini sedap gila dia punyaaaa makanan, Aku mengidam lagi.Dia tulis dalam menu tu nasi ayam, tapi dia nasi khomok. sedap gilaaaaaa. Then lepastu pegi 7E jap sambung beli stock air meiji.Tolonglah aku dah addicted dgn meiji perisa strawberry.  Then lepastu terus pergi train station naik tuk-tuk.





Boleh beli tiket dekat kaunter je, train pukul 1 ptg, tapi biasalah janji melayu lambat jugak geraknyaa. So sejam lah perjalanan ke Padang Besar, Fuhhh sampai Padang Besar ni dia punya immigration boleh tahan strict. Kena scan beg apa semua, pegi tu takyah scan punn. So dalam pukul 5 jugak lah settle semua dan gerak terus balik KL. Dalam kol 10 11 dah sampai KL dengan selamatnya.


So kos aku pegi sana RM300(tukar baht) + RM50 (tambah tukar kat sana)+ minyak tol dalam RM100++ sorang kot, so dalam RM500 lah sorang habis. Nak balik tu memang tinggal duit syiling je, sedih.