Powered By Blogger

Monday 30 December 2019

JAPAN (Bajet & itinerary 9hari 8 malam)



Hi korang, aku baru balik dari jepun sebenarnya ni. So nak tulislah sikit untuk dijadikan kenangan.


Preparation sebelum pergi jepun ni banyak, banyak benda kena survey, banyak kena study, banyak kos, banyak masa dan banyak tenaga diperlukan. Hahhaa. Aku listkan dulu preparation benda kena beli before fly eh. Nasihat aku jangan beli sekaligus semua benda, beli sikit2, bayar sikit2 baru tak terasa sangat duit tu hilang.




Flight Ticket
Ok. Tiket ni beli masa sales 11.11 ke 12.12 last year. Harga dalam RM 900 return(include meal&insurance). Tarikh flight ni 8 October 2019 and balik 16 October 2019. Plan nak pergi ni 4 orang sebenarnya, tp last minit sorang tu terpaksa cancelkan atas sebab2 tertentu, so burn lah tiket dia. Tapi aku beli xinclude luggage, kawan aku sorang beli luggage 30kg, so kongsi lah masa pergi, tapi masa balik, luggage aku exceed, aku dah mcm takleh pikir dah, so aku bayar 10000 yen masa balik utk luggage. So total tiket aku sebenarnya dalam RM1300 jugak lah. (by the way, airport sana strict gila, so make sure jgn exceed pun, beg 7kg dia betul2 timbang, semua beg, bukan mcm dkt malaysia)

Insurance
Insurance ni sebenarnya aku dah beli include sekali dgn flight, beli yg Tune Protect tu, tapi aku rasa tak secure, risau apa2 jadi so aku beli lagi Etiqa Insurance RM48.70.

Passport
Passport aku expired 20 March 2020, tapi tarikh aku nak pergi tu dah 5 bulan before expired, so terpaksa lah renew jugak RM200.

Klook website
Untuk Klook ni, kitorang beli JR Pass, Osaka Amazing Pass dan Mt Fuji Classic Tour. Yang ni semua kitorang beli masa hujung bulan June 2019. Klook ada buat event, so kitorang pergi utk dptkan voucher dia. (RM100 off, buy 1 Free 1, 20% and 50% off). 2 hari jugak kitorang bertapak dkt Pavi nak dapatkan voucher ni, yg RM100 off, 20%off and 50% off dapat tapi USJ Buy 1 Free 1 tak dapat, sedih)

JR Pass- kitorang beli ni sebab kitorang akan travel Osaka-Tokyo-Osaka-Kyoto-Nara, so mostly      berbaloi lah beli benda ni, sebab kalau tiket biasa lagi mahal dari yang ni. Harga JR Pass  dkt Klook masa ni RM1030 untuk 7days, kitorang dapat voucher RM100 off so JR Pass kitorang RM930.

Osaka Amazing Pass- Yang ni pun kitorang dapat voucher 20% off, harga OAP ni dkt Klook RM102, so after 20% dapat lah RM81.60

Mt Fuji Classic Tour- Yang ni pun dapat 50% off, harga dkt Klook Rm202, so after 50% dapat lah RM101.00.


AirAsia website
Korang perasan tak dekat website AirAsia ada yang Activities. So untuk yang ni, masa merdeka 31.08.2019 haritu, AirAsia buat sales semua aktiviti 31% off. So kitorang beli dari sini jugak.

Universal Studio Japan- Utk USJ, harga tiket ni depend tarikh korang nak pergi, boleh check website dia, dia ada ticket A, ticket B and ticket C. Tarikh aku nak pergi tu Ticket B,so harga dia RM323.11, tapi after 31% off dapat Rm222.95.

USJ Express Pass 4- Utk yang ni, kitorang beli sebab taknak que panjang2 dan aku bersyukur sebab aku beli, tapi 4 rides je lah yang boleh guna Express Pass ni. Berbaloi sebab ada satu ride tu aku beratur normal, ada dkt sejam beratur. Harga dia separate taw dari USJ Entrance Ticket, so harga Express Pass masa ni RM648.32, so after 31% off dapatlah RM447.34. Harga express pass ni pun depend dkt Ticket A ke B ke C jugak.

Nankai Line Airport Express Ticket- Yang ni kitorang beli utk malam kitorang sampai tu utk ke Shin Osaka, sebab masa ni kitorang taknak aktifkan lagi JR Pass, so kena beli separate lah. Harga dkt website RM50.26, so after 31% off RM34.68. yang ni boleh je beli kat sana.

Unlimited 4G Pocket Wifi Rental- Benda paling penting kat sana ni lah, takde ni haru hidup, kitorang rent for 9 days. harga RM268.69, after 31% off RM185.40. So RM185.40 ni divide 3 orang so jadi RM61.80 sorang.

Hotel

Blue Bee Namba (8 Oct-10 Oct 2019)- OSAKA
Apartment ni book through Booking.com. Harga dia RM692.71 untuk 2 malam, so sorang RM230.90.

Review: Ada dapur, ada microwave, ada peti sejuk, ada tab mandi, ada sabun syampu conditioner, ada sabun membasuh, katil queen ada 3, ada iron, ada provide pocket wifi,ada mesin basuh, dekat dgn station dlm 5minit, tingkat 13. Overall aku puas hati dgn apartment ni, hehehe

Kiara Apartment (10 Oct-13 Oct 2019)- TOKYO
Yang ni kitorang book through AirBnb. Harga yang ni kitorang bayar dekat sana, jumpa host dia, so total 23800 yen. So sorang 7934 yen which RM314.

Review: Ada dapur, ada microwave, ada peti sejuk, ada tab mandi, ada sabun syampu conditioner, ada sabun membasuh, katil double decker 1 and ada tilam2, ada iron, ada provide pocket wifi,ada mesin basuh, dekat dgn station, yang ni paling dekat, tingkat bawah sekali, 3 tingkat je yang ni. Overall okay lah

Takuto Stay Osaka Bentencho  (13 Oct-16 Oct 2019)- OSAKA
Apartment ni kitorang book through Booking.com jugak, harga dia RM1137.41, tapi yang ni kitorang book paling awal dan dah bayar terus masa book. so yang ni kongsi 4 orang masa tu. bayar RM265 sorang yang ni.

Review: Ada dapur, ada microwave, ada peti sejuk, ada tab mandi, ada sabun syampu conditioner, takde sabun membasuh, katil queen 2, takde iron, takde provide pocket wifi tp ada wifi dekat bilik,ada mesin basuh, yang ni paling jauh dgn station, dlm 15 minit jalan. tingkat 10. Overall yang ni paling mewah dia punya bilik tp tak provide iron dgn pocket wifi.

Makanan

Brahim Food- beli dekat kilang dia dkt Bangi ,15 pack nasi & 3 pack lauk je, boleh dapat murah lagi dari Giant or Tesco. Total RM176. so seorang RM58.67.
(Nasi tu ada nasi goreng ayam, nasi goreng kampung, nasi lemak, nasi beriani ayam, nasi beriani kambing, nasi tomato, then lauk tu beli sambal ikan bilis, dengan kari ayam dan ayam masak merah untuk makan dgn nasi tomato)

Review: Nasi dia semua guna beras Basmathi, just kena microwave kan je. kitorang selalu kongsi 2 pack utk 3 orang, kadang2 1 pack je kongsi 3, sebab selalu makan ni masa breakfast. Masa dkt USJ je makan sorang satu. Honest review rasa dia okay lah, tapi takleh makan hari2, first time makan okay lagi, second time okay lagi, tapi lama2 rasa taknak makan dah, hahahaha dia macam muak takleh nak telan dah.

Nestum-Maggi-Milo-Coffee- beli dan bawaklah sekali.

Cash
Untuk cash, kitorang tukar 60000 yen seorang, masa ni rate mahal sikit, 39.35, so dalam RM2361 sorang bawak cash.

60000 yen ni awal2 lagi kitorang dah asingkan untuk 10000 yen makan dan 10000 yen utk bayar hotel dkt Tokyo. So balance 40000 yen utk shopping dan bayar semua entrance fee, bayar transportation dan lain2 lah, so masa nak balik aku ada balance 4203 yen lagi dalam beg aku.

So total cost :

Flight Ticket        : RM1300.00
Passport             : RM 200.00
Insurance           : RM    48.70
JR Pass              : RM  930.00
OAP                   : RM   81.60
Mt Fuji               : RM 101.00
USJ                   : RM 222.95
USJ Express       : RM 447.34
Nankai Express  : RM 34.68
Wifi Rental         : RM 61.80
Hotel Osaka       : RM 230.90
Hotel Tokyo        : RM 265.00
Brahim Food      : RM  58.67
Cash                 : RM2361.00

TOTAL: RM6343.64

Ni kos aku lah, korang punya takyah lah include passport, Brahim tu semua, aku ada balance 4203 yen tu dalam RM165, tapi tak tukar2 pun lagi duit Malaysia ni.

Nak cut cost, takyah beli JR Pass , tp kalau nak pergi Osaka-Tokyo-Osaka ni better beli lah, aku baca ada jugak yang naik sleeping bus, tapi kitorang tak rajin nak tido dalam bas, hahahha. Takpun takyah spend dkt banyak tempat, contoh kalau Osaka,dok Osaka je. 

Lepastu USJ Express Line pun kalau tak beli pun takpe, tapi kena beratur panjang lah, especially yang famous punya ride, dalam sejam 2 jam jugak kot kalau beratur.

Lagi satu, better beli lah luggage awal2 especially masa balik dari sana, kalau dari KL takpe, aku bawak 8kg luggage lepas je, beg sandang belakang pun dia tak timbang, tapi kalau dari sana dekat kaunter lagi dia timbang 7kg tu, dia timbang semua, semua okay semua.Beli awal2 dalam RM120 kot untuk 20kg.


TIPS AKU:


1) Google Maps paling penting dekat sana, sebab boleh tahu kena naik train mana, kena jalan pergi mana, pukul berapa train sampai, estimate perjalanan berapa lama. Nak guna google maps kena ada wifi, so pocket wifi sangatlah penting. Aku tak study sangat pun sebenarnya masa nak pergi, so guna google maps je.


2) Hotel pun carilah yang paling dekat dgn station, 1 minit walking distance dorang tu mungkin 2 ke 3 minit walking distance kita, hahaha sebab dorang jalan laju bukan macam kita.


3) Cari hotel ada pocket wifi pun okay so dah takyah rent dah pocket wifi dari tempat lain, mcm kitorang 2 hotel provide pocket wifi, so ada backup lah, sebab bateri cepat jugak habis, so bila ada 2,dapat lah cover kalau dah mati. 


4) Cari hotel yang ada iron especially perempuan, tp kitorang bawak jugak portable iron. Dan cari hotel yang ada washing machine, so lepas pakai boleh terus basuh dan cari yang ada microwave and dapur, so senang nak panaskan makanan, tapi dapur kitorang tak guna pun, sebab macam was-was. span basuh pinggan pun kitorang bawak sendiri, dan tupperware sudu garfu utk makan pun bawak sendiri. Towel pun ada dekat semua hotel, so tak guna pun towel aku bawak sendiri tu.


5) Semua tempat kena jalan jauh, sebab sehari aku jalan dekat sana 20000+++ steps, so pakailah kasut yang paling selesa dan sediakanlah minyak nak sapu sekali, stokin pun sentiasalah basuh dan tukar.


6) Pakaian tu biasa2 je, tak sejuk sangat dan tak panas sangat pun masa tu, sebab early autumn, pokok pun tak tukar warna pun lagi, normal lagi. sejuk cameron genting camtu je.


7) Makanan tu sebenarnya susah jugak nak cari yang halal, ada je benda nak makan tp kitorang tak yakin boleh makan ke tak especially yang street food, kalau dekat kedai yang memang dia tulis halal memang kitorang makan je, makanan dkt family mart dgn 7e tu jenuh jugak kitorang tnya cashier ingredient dia.


8) kalau ada JR pass, cari rail yang guna JR, so takyah guna ICOCA, jimat sikit.


9) Airport sana strict, hahaha so make sure beli lah luggage masa balik hahaha, dia timbang semua okay, aku dari kansai airport, melayang tak pasal2 duit aku.


10) Tempat solat pun kena pandai cari, tak banyak tempat solat tp ada, kena rajin survey. 


11) Orang sana semua baik dan terlalu polite, kita tnya semua diorang jawab tp sayangnya dia jawab dalam bahasa diorang, hahahahha kalau ada yang pandai speaking senanglah, kalau tak itik dan ayam lah jawabnya.


12) Makan dekat luar selalunya RM40 seorang sekali makan, so budget2 lah. kitorang pun bukan tiap hari makan luar, sebenarnya nak makan hari2, tapi tak jumpa kedai, hahahah


13) Tempat shopping-sebenarnya aku tak sempat sangat nak shopping. hahaha sebab masa dkt Tokyo, nak beli jam dekat Akhihabara, tp semua kedai bukak pukul 2pm masa tu sebab masa ni sehari selepas typhoon hagibis dan kitorang dah rushing masa ni, dan dkt Osaka, kitorang shopping dekat Datanbori, tp sebab pergi malam, mcm dah penat nak mampos dah nk jalan, so tak larat sgt dah nk shopping. shopping ala kadar je tapi habis lah jugak duit tu.


14) Mulakan pagi anda seawal boleh kalau larat. 


15) Tong sampah susah gila nak jumpa, so kalau ada sampah simpanlah sampai jumpa tong sampah.


16) Join lah group "Road to Japan" dekat Facebook, sebab dkt sana banyak benda bermanfaat and boleh dpt byk info pasal Japan ni.


17) Habiskan semua syiling yen dekat sana, sebab dkt malaysia money changer dah tak terima syiling.


18) Check jugak cuaca, tapi benda ni takle predict sebenarnya, beli tiket pun mesti awal, macam kitorang mana lah tahu tetiba ada typhoon hagibis nak datang, dahla orang dok cakap ni typhoon paling besar. tapi benda nak jadi, takleh buat camne, so stay dekat dalam rumah je lah masa typhoon tu nak datang, jangan gedik2 nak keluar jugak. Bahaya dan semua train pun memang tak operate.




No comments:

Post a Comment